Isnin, 28 September 2015

MTE3012............ First time in forever

TUGASAN 1: SIJIL PENYERTAAN DENGAN PENGGUNAAN MAIL MERGE

Pengenalan.
                   Ini merupakan tugasan yang pertama dalam hidup saya untuk membuat blog. Tapi tak pa, saya cuba yang terbaik demi mu yang tercinta.. huhuhu.. :D.. Firstly, saya ingin berterima kasih kepada Allah S.W.T. dan junjungan kasih kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan limpah kasih sayang dan rahmat-Nya saya masih diberi kekuatan untuk menyiapkan tugasan ini.. (Jazakallah).. Kedua, saya juga berterima kasih kepada kedua ibu bapa, keluarga dan sahabat serta rakan saya yang berada di Sabah (nun jauh d perantauan :'( miss them all..) kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya. Terima kasih juga kepada pensyarah yang mengajar kami iaitu Encik Fadhil Harfiez Abdul Muttalib kerana telah mengajar kami sesuatu yang baru yakni tentang blog serta pembuatan sijil dalam bentuk mail merge. It's a new knowlage for me to do this assigement. (ceh, orang putih la katakan.. hehehe.. :D). Saya juga ingin berterima kasih kepada sahabat dan rakan-rakan saya yang membantu saya selama ini untuk menyiapkan pelbagai tugasan. 
                    Alhamdulillah, walaupun segala yang dirancang tidak seperti yang diduga, namun ketahuilah bahawa Allah S.W.T. itu adalah sebaik-sebaik perancang.. :).. Susah nak bersaing dengan rakan sekelas, semua hebat-hebat ouh.. huhu.. In Shaa Allah, selagi kudrat dikandung badan saya akan berusaha untuk orang yang saya sayang. Saya ingin bahagiakan mereka (Azam tu penting) :D.. Dah lari tajuk nie.. huhu.. Ok la, saya lampirkan pembuatan sijil dengan penggunaa mail merge..

Follow step by step, ok.. Follow Mr. Unknow.. :D

1.    Mei nak habak kat hang, First kena baca arahan yang diberi oleh pensyarah/guru
Sebagai contoh:

Dah nampakkan, so follow this, dont follow others wihtout it's root... :D
Sebab arahan cam nie la yang penting tuk buat sesuatu tugasan, jangan abaikan.. nnti terabai (gurau je) Tanpa gurauan tiada senyuman.. :D

2.   Kemudian, open microsoft.. tahu kan, macam tak biasa.. hehe
  • First tu, kena buat la bentuk sijil tu.. Contohnya cam nie:


  • buat ikut kreativiti anda.. hehe.. do what you wanna do.. :)
3.   Setelah selesai membuat sijil, anda kena masukkan penggunaan mail merge seperti arahan tu. Nak tahu cara dia, follow me.. hehe.. :D. tengok gambar di bawah nie ea.. :)

  • Pergi mailings seperti kat atas tu
  • Kemudian start mail merge

  • Nah, tu dia... Klik pada butang, type new list.. kemudian create..
  • Nampak kan.. hehe... jngan pura-pura tak nmpak pula, cucuk mata tu.. :D
Langkah seterusnya, buat list yang kamu nak.. Contohnya, bermula dari nama, nombor kad pengenalan dan sebagainya.. Jngan lupa tekan butang "OK" pula.. hehe...
Seperti dalam gambar di bawah


Go to the next step.. Mr. Unknown selalu kata. "Dimana hala tujuan, pasti ada jalannya"..
So, jangan mudah putus asa.. "Do the best, and beat the best".. Katanya... hehe.. :D
Seterusnya, Tekan butang Next yang kat bawah tu untuk melihat sijil anda.. Tengok gambar bawah nie. Tak kenal, maka tak cinta... :D


Dah jadi macam nie kan.. Jadi, anda bolehlah semak semula senarai yang anda dah listkan.. Tengok kat preview you leter.. Tekan kat situ. Semak semula sebelum selesaikan kerja tentang mail merge. Maklum lah, kita nie manusia biasa yang tak terlepas dari buat kesilapan.. :)
Next step, complete the merge. Anda dah berjaya menghasilkan sebuah sijil.. hehe.. 

Boleh jadikan hasil kerja anda sebagai bahan rujukan di masa hadapan. Jangan kedekut ilmu tau, Tuhan tak suka.. :)

Di sini juga saya yakni Mr.Unknown lampirkan hasil kerja saya. Bolehlah rujuk tuk memudahkan kerja anda.. Semoga berjaya... Manjadda wajadda (siapa yang berusaha pasti berjaya).. tu janji Allah pada kita.. So, kita kena usaha lah tuk capai sesuatu kejayaan.. In Shaa Allah, Allah sentiasa membantu kita. Yakin pada Allah, minta pertolongan dari-Nya. Takda yang mustahil dengan izin-Nya. In Shaa Allah, kita, anda dan semua akan berjaya.. Kippidap Donggibab.. :D

1. Sijil Penyertaan

2. Mail Merge (Data base)

Alhamdulillah....
Ya Allah, berikanlah kemudahan kepada pembaca blog ini untuk memahami hasil kerja saya. Berikan mereka kebahagian di dunia dan akhirat serta limpahkan rahmat-Mu keatasnya.. Aminn Ya Rabb


Tiada ulasan:

Catat Ulasan