Ahad, 3 Januari 2016

PENYUNTINGAN AUDIO MENGGUNAKAN AUDACITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, bertemu lagi kita kembali. Kali ini, saya akan menunjukkan cara penyuntingan audio menggunakan Audacity. Meskipun perisian ini baru buat saya, tapi saya akan berusaha untuk menghasilkan audio yang menarik untuk semua peminat setia :-D

1. First, kena muat turun aplikasi Audacity. Anda boleh muat turun aplikasi Audacity di link nie http://download.cnet.com/Audacity/3000-2170_4-10058117.html. Lepas download, install seperti biasa...

2. Seterusnya, buka perisian Audacity anda.. Untuk merakam suara, tekan Record dan mulakan percakapan untuk merakam suara anda. Apabila selesai, tekan butang Stop untuk berhenti.

Butang Record dan Stop

3. Untuk mendengar rakaman suara anda, tekan butang Play.

Butang Play

4. Jika anda hendak membuang bahagian rakaman, klik pada Selection Tool atau menggunakan tetikus > pilih kawasan segmen audio yang anda ingin buang. Kemudian tekan butang Delete pada papan kekunci komputer anda

Membuang audio berdasarkan segmen

5. Seterusnya, anda juga boleh meningkatkan kualiti suara pada rakaman anda. Klik Edit pada menu bar. Kemudian pilih select > klik all.

Menu Select

6. Klik Effect pada menu bar, kemudian pilih Bass and Treble

Menu Effect


Paparan Bass dan Treble

7. Kemudian tekan butang Play, suara akan meningkat berbanding yang asal... 

8. Untuk menghilangkan suara vokal dan hanya tinggal muzik sahaja. Klik Effect pada menu bar, kemudian pilih Vokal Remover (for centered - panned vocal).

Pemilihan Vocal Remover

9. Setelah selesai, simpan fail audio yang anda hasilkan,...

10. Anda juga boleh mengedit audio seperti lagu.. Hanya dengan klik pada menu File > Import > Audio.

Menu Fail - Import

11. Pilih lokasi fail audio yang hendak di import. Klik butang open. Tunggu sehingga fail di import ke perisian Audacity. Setelah selesai, Paparan Audacity anda akan menjadi seperti berikut

Paparan fail audio yang berjaya diimport

Setelah itu, edit audio anda mengikut kreativi berdasarkan step-step yang anda telah belajar..

Selamat mencuba

Berikut adalah hasil kerja yang saya lakukan bersama sahabat saya..
Boleh klik link nie untuk download audio yang kami hasilkan.. :-)


















MENGHUBUNGKAN DATA DARI EXCEL KE SLIDE POWERPOINT ATAU WORD

Bismillahhirahmanirrahim....

Alhamdulillah, masih di beri peluang untuk menyelesaikan tugasan ini..

Kali ini saya akan menunjukkan cara untuk menghubungkan data dari excel ke slide powerpoint atau word.. Simple as usualt.. :-D

1. First of all, anda kena buka aplikasi word. Di mana semua kerja anda akan anda lakukan dalam aplikasi itu..

Kemuadian tulis tajuk laporan anda pada Microsoft Word tersebut. Selesai tulis tajuk, tekan 'insert' pada aplikasi Microsoft Word, kemudian tekan simbol objek. Lihat Rajah 1..

Rajah 1: Memasukkan Excel


2. Seterusnya, masukkan data anda pada excel yang terpapar pada Microsoft Word anda. Secara tidak langsung anda bekerja dalam persekitaran Excel di mana format dalam Excel boleh digunakan seperti rajah 2.

Rajah 2: Penggunaan Formula Excel

3. Lakukan langkah pengiraan tersebut secara berulang untuk mendapatkan jumlah bagi setiap minggu serta jumlah keseluruhan pendapatan.. Lihat Rajah 3 di bawah..

Rajah 3: Jumlah Melalui Format Excel

4. Setelah selesai pembinaan jadual anda, buat graf untuk mencantikkan lagi persembahan dan pemahaman melalui data yang anda perolehi.. Langkah pembinaan graf adalah sama seperti mana anda pelajari di Microsoft Excel. Lihat Rajah 4...

Rajah 4: Membuat graf

5. Setelah itu, isi maklumat yang ada dalam graf mengikut format Excel.. 
Ikut step by step.. Jangan terlalu gelojoh.. hehe...

Sebarang pertanyaan, boleh komen kat bawah... 
Akhir kata daripada saya, segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. 
dan segala yang buruk itu, datangnya dari diri hamba sendiri. 
Dengan itu, saya memohon maaf terhadap silap dan salah yang pernah saya lakukan kepada kalian semua. Semoga ilmu yang di kongsi bermanfaat kepada anda semua
Selamat Mencuba

Tekan link nie untuk tengok hasil kerja saya. Jadikan sebagai rujukan... :)









Jumaat, 30 Oktober 2015

Tugasan GIMP

Bismillahhirahmanirahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera... bertemu lagi kita kali ini dalam tugasan yang seterusnya... kali nie, saya Mr. Unknown (Mohd Fauzi) telah diberi tugasan Penyuntingan Gambar, Audio dan Video. Buat masa nie, Mr. Unknown kena buat penyuntingan gambar.. So, tumpukan perhatian ea.. huhu.. ^_^

Fist of all, kita kena download sofeware tuk menyunting gambar nie.. Sofeware tu boleh di download dalam link nie http://www.gimp.org/downloads/.. So, download dulu ea...
Lepas download, install.. kemudian buka GIMP tu.. hehe... dah mula dah nie.. get ready all... :p

Rajah 1.1 Paparan Utama

Dah bukakan semua.. huhuhu


Step 2, tambah gambar.. tak kira lah gambar sendiri ka, gambar haiwan ka, janji gambar tu yang kamu nak sunting.. klik pada menu File > Open cari gambar kemudian klik butang Open

Rajah 1.2 Open Image


Step 3, follow me... gambar dah buka, bolehlah start mengedit gambar.. huhu.. pertama kena pilih Scissors Select Tool pada Toolbox seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.3. Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan feather edges. Gunakan tetikus dan klik sekeliling imej yang hendak digunting secara berterusan... Formal lah pula.. huhu..

Rajah 1.3 Klik Image yang hendak digunting


Setelah selesai, tekan enter pada papan kekunci. Keseluruhan imej yang telah ditandakan tadi akan dipilih seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.4.

Rajah 1.4 Imej yang telah dipilih


Beralih kepada step ke-4, klik pada menu Edit > Copy untuk menyalin emej yang telah dipilih. Kemudian klik pada menu File > New. Tetingkap untuk meletakkan imej akan dibuka seperti pada Rajah 1.5. Setkan saiz imej 500 >< 440 dalam piksel. Pilih ikon bentuk landscape supaya imej yang hendak disalin tadi dapat diletakkan dalam keadaan melintang. Kemudian klik butang OK.

Rajah 1.5 Tetingkap untuk meletakkan imej


Seterusnya pilih Scale Tool pada Toolbox dan ubah saiz tersebut seperti Rajah 1.6. Kemudian tekan butang Scale.

Rajah 1.6 Imej yang diubah saiznya.


Next step, salin dan tampal beberapa imej mengikut langkah 2 hingga 4. Gabungkan imej tersebut seperti Rajah 1.7.

Rajah 1.7 Imej yang telah digabungkan


Step 6, masukkan latar belakang. Pilih Bucket Fill Tool dalam Toolbox. Pastikan klik FG colour Fill pada bahagian Fill Type. Kemudian klik butang Foreground & Background Colour dalam Toolbox, tetingkap untuk memilih warna akan dipaparkan seperti Rajah 1.8. Pilih warna latar belakang yang dikehendaki dengan menggerakkan penanda warna dan klik butang OK.

Rajah 1.8 Bucket Fill Tool & Pemilihan Warna


Step 7, sekiranya hendak menggunakan teknik Gradient Fill, pilih Blend Tool dalam Toolbox. Kemudian pada Gradient Option, pilih jenis gradient yang dikehendaki. Seterusnya, tarik tetikus dari penjuru kanan ke bawah untuk mengaplikasikan latar belakang gradient seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.9.

Rajah 1.9 Teknik Gradient


Rajah 2.0 Gradient Shape Spiral

Nie lah Hasil dia.. huhu... kamu boleh lah cuba buat yang lebih baik lagi bagi melihatkan hasil penyuntingan kamu lebih menarik dan cantik. Sebarang pertanyaan, boleh lah tanya Mr Unknown.. huhu....

Dengan terhasilnya penyuntingan gambar melalui perisian ini. Saya sertakan sekali link tuk download hasil kerja saya.. Korang semua boleh lah rujuk hasil kerja saya sebagai panduan kalian semua...
Selamat mencuba semua... 
























Selasa, 13 Oktober 2015

PERISIAN PERSEMBAHAN POWERPOINT

Bismillahhirahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam blog ini.
Untuk tugasan kali ini, saya yakni Mr. Unknown akan menerangkan mengenai penggunaan "hyperlink" dalam Microsoft PowerPoint. Ini merupakan tugasan terakhir daripada Abang Janggut, tapi ini bukan penamat bagi kami sebagai pelajar dia.. huhu... 


Ini merupakan tugasan yang diberikan. Easy and simple, but dont judge book by it's cover.. huhu..
Speaking la sikit. hehe..
Baca arahan yang diberikan. Seterusnya, mulakan dengan kalam bismillah.. Ingat!

1. First step, follow me... :p
   Open Microsoft PowerPoint anda.. Bina slide yang dikehendaki, sebagai contoh 10 slide           seperti dalam arahan di atas.. 

Contoh 1

2. Second step, simple right?.. huhu..
        Langkah kedua nie, kita kena buat background untuk cantikkan lagi powerpoint yang bakal kita           bina.. Buatlah ikut kreativiti anda, good luck.. :p
        Mei lihat Mr. Unknown buat...

Contoh 2
Nie cara nak cantikkan lagi powerpoint anda. Sebenarnya, ada lagi cara yang lebih baik.. Tapi nie je Mr. Unknown dapat ajar. huhu.. maaf semua, saya hanya belajar perkara asas je. In Shaa Allah, ada rezeki saya perbaiki lagi penulisan saya.. 

Apa yang Mr. Unknown bulat tu?
  • Bulatan kecil tu untuk colour design kamu.
  • Bulatan besar tu untuk latar belakang design kamu. Nak lebih menarik la katakan.. hehe
Design ikut citarasa kamu. Maklumlah, semua berbeza citarasakan.. hehe..


3. Third step?
     Nak buat macam mana ya?...... Fikir punya fikir, cari punya cari, akhirnya dapat cara dia.. Untuk mencantikkan lagi power point anda, click pada INSERT kemudian PICTURE.. huhu
So, pilih mana-mana gambar yang korang suka.


Lepas tu, pergi ke Picture Tools > format > page layout


Kemudian, pilih mana-mana bentuk yang korang suka tekan RIGHT CLICK dan EDIT TEXT. Taip la apa-apa yang korang nak tuk dijadikan topik utama dalam slide tu. Contohnya, saya letak latar belakang, biodata dan kisah keluarga saya.

                                      

Nie hasil dia, hasil daripada kreativiti Mr. Unknown sendiri.. huhu...
Bolehlah try cuba, saiapa tahu hasil anda lebih baik dari saya.. huhu


4. Step seterusnya, hasilkan power point anda berserta maklumat yang diperlukan seperti langkah 2          dan 3..
     Setelah selesai, hyperlink setiap satu maklumat anda. Seperti gambar dibawah ini..



5. Langkah ke-5, korang kena masukkan video. Ikut arahan yang diberikan tu.. Jangan nak menipu ea.. hehe... click kat INSERT > VIDEO.. kemudian pilihlah video yang korang nak


Nie lah pengakhirannya.. huhu..short and simple.. it's easy, right? huhu... kalau nak komen, komen je. Tapi yang paling penting tu komen daripada Abang Janggut.. In Shaa Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi...

Alhamdulillah.....
Akhir kata daripada saya, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. So, jangan pernah mengalah dalam membuat sesuatu, cari jalan penyelesaiannya, lagi satu jangan lupa berdoa kepada Allah. In Shaa Allah, semua urusan akan di permudahkan. Kepada Abang Janggut, ini mungkin pengakhiran tugasan kami, tapi kami akan sentisa mengingati Abang Janggut. Dalam susah dan senang, In Shaa Allah, doa tu akan sentiasa mengiringi. Sebelum terlambat, saya yakni Mohd Fauzi Bin Malangkis ingin memohon maaf kepada Abang Janggut dan kepada semua. Semoga kita berjumpa lagi, ea Abang Janggut... :) 


Link















Rabu, 30 September 2015

Tugasan 1: Kritikan blog...



KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

(MTE3012)

SEMESTER 1 SESI 2015/2016

TAJUK :

LAPORAN BLOG

NAMA                      :   MOHD FAUZI BIN MALANGKIS
NO. MATRIK           :  D20151071267
PENSYARAH          :   ENCIK FADHIL HARFIEZ BIN ABDUL MUTTALIB







1.0       PENGENALAN
               Sebuah blog (pemangkasan weblog ungkapan) adalah perbincangan atau laman maklumat yang diterbitkan di World Wide Web yang terdiri daripada penyertaan jawatan biasanya dipaparkan dalam susunan kronologi terbalik (post yang terbaru muncul pertama). Sehingga 2009 blog biasanya digunakan untuk kerja-kerja individu tunggal, kadang-kadang kumpulan kecil, dan sering meliputi subjek tunggal. Baru-baru ini "blog pelbagai pengarang" (MABS) telah dibangunkan, dengan jawatan yang ditulis oleh ramai penulis dan profesional. MABS terdiri daripada akhbar, media lain, universiti, pemikir, kumpulan penyokong dan akaun institusi yang sama untuk meningkatkan kuantiti trafik blog. Kebangkitan “Twiter” dan lain-lain "microblogging" sistem membantu menghubungkan MABS dan blog seorang pengarang ke dalam masyarakat. Blog juga boleh digunakan sebagai kata kerja, yang bermaksud untuk mengekalkan atau menambah kandungan ke blog.

               Kemunculan dan pertumbuhan blog di akhir 1990-an bertepatan dengan kedatangan alat penerbitan web yang memudahkan posting kandungan oleh pengguna-pengguna bukan teknikal. (Sebelum ini, pengetahuan tentang teknologi seperti HTML dan FTP telah untuk menerbitkan kandungan di Web.)
              
               Secara umumnya blog digunakan untuk beberapa tujuan iaitu untuk mencari maklumat,menyampaikan maklumat dan sebagai hiburan atau untuk mengisi masa lapang. Walaupun berbeza tujuan, kedua-dua pihak tersebut perlulah memastikan kesahihan tentang maklumat yang disebarkan dan diperolehi. Perkara ini disebabkan oleh,tiada pemantauan yang khusus dilakukan kepada penulis-penulis blog. Setiap pemilik laman web tersebut perlulah berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu agar bahan perkongsian mereka tidak menyinggung mana-mana individu mahupun masyarakat Malaysia yang pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Blog juga membolehkan pembaca setia sesuatu blog untuk terus mendapat maklumat terkini tentang blog yang digemari dengan menekan follow. Pada setiap laman blog, terdapat satu ruangan komen disediakan untuk para pembaca blog menyalurkan pandangan, kritikan dan maklumbalas tentang penulisan blog tersebut. Oleh itu, para blogger boleh mengetahui sama ada penulisan mereka boleh diterima atau sebaliknya serta mereka boleh perbaiki penulisan di blog mereka.


2.0       Laporan Blog
            2.1   Blog Suara UPSI
                    http://suaraupsi.blogspot.my/


Penulis blog terdiri daripada beberapa warga UPSI yang prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat UPSI.

         KELEBIHAN
v  Pembaca boleh mengetahui perkembangan serta isu terkini yang berlaku dalam UPSI itu sendiri.
v  Pembaca boleh mendapat sebarang maklumat tentang UPSI.
v  Terdapat juga beberapa jenis posting yang ditulis untuk memungut derma daripada warga UPSI untuk membantu mahasiswi/mahasiswa yang dalam kesusahan.
KEKURANGAN
v  Blog kurang aktif.
v  Penulis blog tidak seiring dengan perkembangan. Ini kerana kali terakhir penulis mengutarakan maklumat kedalam blog ini ialah pada 26 Mac 2012.



           2.2.      Blog Islam Itu Indah
           http://mujahidahazzahra.blogspot.my/


Penulis blog ialah faranaqwiah dengan pengenalan blog yang sangat menarik iaitu “Kasih sayang Allah tidak akan dirasai tanpa ujian. Kehambaan tidak akan dirasai tanpa munajat. Keinsafan tidak akan dirasai tanpa muhasabah. Banyak mana ujian Allah, banyak itulah kasih sayangNYA pada kita. Yakinlah pada janjiNYA”. Ini telah menarik minat saya untuk menkaji lebih lagi tentang blog yang dihasilkan oleh faranaqwiah.

            KELEBIHAN
v  Sesuai kepada semua muslimin dan muslimat.
v  Terdapat banyak tips–tips kehidupan yang bermanfaat
v  Dapat menarik minat pembaca untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya.
KEKURANGAN
v  Update blog kurang aktif.
v  Rekabentuk dan hiasan blog yang agak simple.



                2.3 Blog Aku Islam
                http://akuislam.com/blog/


           Penulis blog iaitu Muhamad Naim B. Abd Manaf, Blog ini sesuai untuk pembaca yang ingin                memotivasikan diri dan membina kekuatan ketika “down”, dalam suasana Islamik. Kandungan            blog ini lebih sesuai untuk remaja dan generasi muda, yang kebanyakkannya sedang bergelut              dengan “permainan perasaan” dan masih dalam proses membina identiti.

           KELEBIHAN
v  Mampu memberi motivasi yang sangat berkesan.
v  Terdapat pengisian tentang tips–tips mengatasi masalah dengan baik.
v  Gaya penulisan yang menarik dan mudah difahami
KEKURANGAN
v  Penulis kurang menggunakan gadjet–gadjet blog
v  Latar belakang blog yang kurang menarik




              2.4 Blog Menjadi Muslim Terbaik
               http://azizijb.blogspot.my/


Penulis blog iaitu Mohd Nur Azizi bin Zulkiply. Beliau menceburi bidang pengajian dalam Alumni ESQ Basic Traning Mahasiswa Angkatan 002-Penang, Alumni ESQ Mission Statement & Character Building Mahasiswa Penang Batch 001, Mahasiswa Sarjana Muda Kejuruteraan(Kepujian) Elektrik (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam,Malaysia dan dalam proses mencari ilmu dalam bidang sains dan teknologi bagi membuktikan kebenaran Al-Quran melalui penemuan-penemuan baru.
KELEBIHAN
v  Sesuai untuk muslimin ( yakni lelaki Islam).
v  Pembaca dapat mengetahui pelbagai perkara untuk menjadi muslimin yang terbaik.
v  Terdapat tips–tips yang menarik dan sesuai untuk kehidupan seorang muslimin
KEKURANGAN
v  Gaya penulisan yang kurang kemas dan kurang menarik.



              2.5 Blog Cik Epal
              http://cikepal06.blogspot.my/


Penulis merupakan seorang yang suka kepada gadjet dan suka mengembara. Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai diri penulis yang dikongsi di blog. Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan blog, laman web serta bahan–bahan yang berkaitan diri penulis.

            KELEBIHAN
v  Sesuai kepada peminat gadget yang suka mengambara.
KEKURANGAN
v  Penggunaan latar belakang dan hiasan blog yang tidak menarik
v  Jarang mengemaskini blog
v  Banyak gambar yang kurang menarik.
v  Tulisan tidak menarik.
v  Perkongsian yang tidak bermanfaat.
v  Blog ini sesuai untuk diri penulis itu sendiri.




KESIMPULAN

Konklusinya, tugasan menulis laporan tentang blog–blog ini memberi saya serba sedikit ilmu tentang penghasilan blog yang baik dari pelbagai aspek seperti reka bentuk, latar belakang yang digunakan, gaya penulisan serta maklumat–maklumat yang dikongsi. Penghasilan blog oleh penulis-penulis ini juga telah mengajar saya tentang pelbagai perkara terutama sekali dalam aspek kehidupan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk menghasilkan penulisan yang kreatif yang dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca blog yang dihasilkan. Melalui tugasan ini juga saya mendapati ramai penulis blog yang kreatif dalam penghasilan blog mereka menjadikan blog mereka lebih menarik. Kemajuan teknologi masa kini membolehkan kita mendapatkan sesuatu maklumat di alam maya dengan mudah. Blog merupakan salah satu medium yang dapat digunakan untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan pantas. Namun, penggunaan blog juga mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan penguna untuk mendapatkan pelbagai maklumat seperti maklumat keagamaan, jurnal peribadi,kecantikan dan sebagainya.

Isnin, 28 September 2015

MTE3012............ First time in forever

TUGASAN 1: SIJIL PENYERTAAN DENGAN PENGGUNAAN MAIL MERGE

Pengenalan.
                   Ini merupakan tugasan yang pertama dalam hidup saya untuk membuat blog. Tapi tak pa, saya cuba yang terbaik demi mu yang tercinta.. huhuhu.. :D.. Firstly, saya ingin berterima kasih kepada Allah S.W.T. dan junjungan kasih kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan limpah kasih sayang dan rahmat-Nya saya masih diberi kekuatan untuk menyiapkan tugasan ini.. (Jazakallah).. Kedua, saya juga berterima kasih kepada kedua ibu bapa, keluarga dan sahabat serta rakan saya yang berada di Sabah (nun jauh d perantauan :'( miss them all..) kerana sentiasa memberi sokongan kepada saya. Terima kasih juga kepada pensyarah yang mengajar kami iaitu Encik Fadhil Harfiez Abdul Muttalib kerana telah mengajar kami sesuatu yang baru yakni tentang blog serta pembuatan sijil dalam bentuk mail merge. It's a new knowlage for me to do this assigement. (ceh, orang putih la katakan.. hehehe.. :D). Saya juga ingin berterima kasih kepada sahabat dan rakan-rakan saya yang membantu saya selama ini untuk menyiapkan pelbagai tugasan. 
                    Alhamdulillah, walaupun segala yang dirancang tidak seperti yang diduga, namun ketahuilah bahawa Allah S.W.T. itu adalah sebaik-sebaik perancang.. :).. Susah nak bersaing dengan rakan sekelas, semua hebat-hebat ouh.. huhu.. In Shaa Allah, selagi kudrat dikandung badan saya akan berusaha untuk orang yang saya sayang. Saya ingin bahagiakan mereka (Azam tu penting) :D.. Dah lari tajuk nie.. huhu.. Ok la, saya lampirkan pembuatan sijil dengan penggunaa mail merge..

Follow step by step, ok.. Follow Mr. Unknow.. :D

1.    Mei nak habak kat hang, First kena baca arahan yang diberi oleh pensyarah/guru
Sebagai contoh:

Dah nampakkan, so follow this, dont follow others wihtout it's root... :D
Sebab arahan cam nie la yang penting tuk buat sesuatu tugasan, jangan abaikan.. nnti terabai (gurau je) Tanpa gurauan tiada senyuman.. :D

2.   Kemudian, open microsoft.. tahu kan, macam tak biasa.. hehe
  • First tu, kena buat la bentuk sijil tu.. Contohnya cam nie:


  • buat ikut kreativiti anda.. hehe.. do what you wanna do.. :)
3.   Setelah selesai membuat sijil, anda kena masukkan penggunaan mail merge seperti arahan tu. Nak tahu cara dia, follow me.. hehe.. :D. tengok gambar di bawah nie ea.. :)

  • Pergi mailings seperti kat atas tu
  • Kemudian start mail merge

  • Nah, tu dia... Klik pada butang, type new list.. kemudian create..
  • Nampak kan.. hehe... jngan pura-pura tak nmpak pula, cucuk mata tu.. :D
Langkah seterusnya, buat list yang kamu nak.. Contohnya, bermula dari nama, nombor kad pengenalan dan sebagainya.. Jngan lupa tekan butang "OK" pula.. hehe...
Seperti dalam gambar di bawah


Go to the next step.. Mr. Unknown selalu kata. "Dimana hala tujuan, pasti ada jalannya"..
So, jangan mudah putus asa.. "Do the best, and beat the best".. Katanya... hehe.. :D
Seterusnya, Tekan butang Next yang kat bawah tu untuk melihat sijil anda.. Tengok gambar bawah nie. Tak kenal, maka tak cinta... :D


Dah jadi macam nie kan.. Jadi, anda bolehlah semak semula senarai yang anda dah listkan.. Tengok kat preview you leter.. Tekan kat situ. Semak semula sebelum selesaikan kerja tentang mail merge. Maklum lah, kita nie manusia biasa yang tak terlepas dari buat kesilapan.. :)
Next step, complete the merge. Anda dah berjaya menghasilkan sebuah sijil.. hehe.. 

Boleh jadikan hasil kerja anda sebagai bahan rujukan di masa hadapan. Jangan kedekut ilmu tau, Tuhan tak suka.. :)

Di sini juga saya yakni Mr.Unknown lampirkan hasil kerja saya. Bolehlah rujuk tuk memudahkan kerja anda.. Semoga berjaya... Manjadda wajadda (siapa yang berusaha pasti berjaya).. tu janji Allah pada kita.. So, kita kena usaha lah tuk capai sesuatu kejayaan.. In Shaa Allah, Allah sentiasa membantu kita. Yakin pada Allah, minta pertolongan dari-Nya. Takda yang mustahil dengan izin-Nya. In Shaa Allah, kita, anda dan semua akan berjaya.. Kippidap Donggibab.. :D

1. Sijil Penyertaan

2. Mail Merge (Data base)

Alhamdulillah....
Ya Allah, berikanlah kemudahan kepada pembaca blog ini untuk memahami hasil kerja saya. Berikan mereka kebahagian di dunia dan akhirat serta limpahkan rahmat-Mu keatasnya.. Aminn Ya Rabb