Rabu, 30 September 2015

Tugasan 1: Kritikan blog...



KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

(MTE3012)

SEMESTER 1 SESI 2015/2016

TAJUK :

LAPORAN BLOG

NAMA                      :   MOHD FAUZI BIN MALANGKIS
NO. MATRIK           :  D20151071267
PENSYARAH          :   ENCIK FADHIL HARFIEZ BIN ABDUL MUTTALIB







1.0       PENGENALAN
               Sebuah blog (pemangkasan weblog ungkapan) adalah perbincangan atau laman maklumat yang diterbitkan di World Wide Web yang terdiri daripada penyertaan jawatan biasanya dipaparkan dalam susunan kronologi terbalik (post yang terbaru muncul pertama). Sehingga 2009 blog biasanya digunakan untuk kerja-kerja individu tunggal, kadang-kadang kumpulan kecil, dan sering meliputi subjek tunggal. Baru-baru ini "blog pelbagai pengarang" (MABS) telah dibangunkan, dengan jawatan yang ditulis oleh ramai penulis dan profesional. MABS terdiri daripada akhbar, media lain, universiti, pemikir, kumpulan penyokong dan akaun institusi yang sama untuk meningkatkan kuantiti trafik blog. Kebangkitan “Twiter” dan lain-lain "microblogging" sistem membantu menghubungkan MABS dan blog seorang pengarang ke dalam masyarakat. Blog juga boleh digunakan sebagai kata kerja, yang bermaksud untuk mengekalkan atau menambah kandungan ke blog.

               Kemunculan dan pertumbuhan blog di akhir 1990-an bertepatan dengan kedatangan alat penerbitan web yang memudahkan posting kandungan oleh pengguna-pengguna bukan teknikal. (Sebelum ini, pengetahuan tentang teknologi seperti HTML dan FTP telah untuk menerbitkan kandungan di Web.)
              
               Secara umumnya blog digunakan untuk beberapa tujuan iaitu untuk mencari maklumat,menyampaikan maklumat dan sebagai hiburan atau untuk mengisi masa lapang. Walaupun berbeza tujuan, kedua-dua pihak tersebut perlulah memastikan kesahihan tentang maklumat yang disebarkan dan diperolehi. Perkara ini disebabkan oleh,tiada pemantauan yang khusus dilakukan kepada penulis-penulis blog. Setiap pemilik laman web tersebut perlulah berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu agar bahan perkongsian mereka tidak menyinggung mana-mana individu mahupun masyarakat Malaysia yang pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Blog juga membolehkan pembaca setia sesuatu blog untuk terus mendapat maklumat terkini tentang blog yang digemari dengan menekan follow. Pada setiap laman blog, terdapat satu ruangan komen disediakan untuk para pembaca blog menyalurkan pandangan, kritikan dan maklumbalas tentang penulisan blog tersebut. Oleh itu, para blogger boleh mengetahui sama ada penulisan mereka boleh diterima atau sebaliknya serta mereka boleh perbaiki penulisan di blog mereka.


2.0       Laporan Blog
            2.1   Blog Suara UPSI
                    http://suaraupsi.blogspot.my/


Penulis blog terdiri daripada beberapa warga UPSI yang prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat UPSI.

         KELEBIHAN
v  Pembaca boleh mengetahui perkembangan serta isu terkini yang berlaku dalam UPSI itu sendiri.
v  Pembaca boleh mendapat sebarang maklumat tentang UPSI.
v  Terdapat juga beberapa jenis posting yang ditulis untuk memungut derma daripada warga UPSI untuk membantu mahasiswi/mahasiswa yang dalam kesusahan.
KEKURANGAN
v  Blog kurang aktif.
v  Penulis blog tidak seiring dengan perkembangan. Ini kerana kali terakhir penulis mengutarakan maklumat kedalam blog ini ialah pada 26 Mac 2012.



           2.2.      Blog Islam Itu Indah
           http://mujahidahazzahra.blogspot.my/


Penulis blog ialah faranaqwiah dengan pengenalan blog yang sangat menarik iaitu “Kasih sayang Allah tidak akan dirasai tanpa ujian. Kehambaan tidak akan dirasai tanpa munajat. Keinsafan tidak akan dirasai tanpa muhasabah. Banyak mana ujian Allah, banyak itulah kasih sayangNYA pada kita. Yakinlah pada janjiNYA”. Ini telah menarik minat saya untuk menkaji lebih lagi tentang blog yang dihasilkan oleh faranaqwiah.

            KELEBIHAN
v  Sesuai kepada semua muslimin dan muslimat.
v  Terdapat banyak tips–tips kehidupan yang bermanfaat
v  Dapat menarik minat pembaca untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya.
KEKURANGAN
v  Update blog kurang aktif.
v  Rekabentuk dan hiasan blog yang agak simple.



                2.3 Blog Aku Islam
                http://akuislam.com/blog/


           Penulis blog iaitu Muhamad Naim B. Abd Manaf, Blog ini sesuai untuk pembaca yang ingin                memotivasikan diri dan membina kekuatan ketika “down”, dalam suasana Islamik. Kandungan            blog ini lebih sesuai untuk remaja dan generasi muda, yang kebanyakkannya sedang bergelut              dengan “permainan perasaan” dan masih dalam proses membina identiti.

           KELEBIHAN
v  Mampu memberi motivasi yang sangat berkesan.
v  Terdapat pengisian tentang tips–tips mengatasi masalah dengan baik.
v  Gaya penulisan yang menarik dan mudah difahami
KEKURANGAN
v  Penulis kurang menggunakan gadjet–gadjet blog
v  Latar belakang blog yang kurang menarik




              2.4 Blog Menjadi Muslim Terbaik
               http://azizijb.blogspot.my/


Penulis blog iaitu Mohd Nur Azizi bin Zulkiply. Beliau menceburi bidang pengajian dalam Alumni ESQ Basic Traning Mahasiswa Angkatan 002-Penang, Alumni ESQ Mission Statement & Character Building Mahasiswa Penang Batch 001, Mahasiswa Sarjana Muda Kejuruteraan(Kepujian) Elektrik (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam,Malaysia dan dalam proses mencari ilmu dalam bidang sains dan teknologi bagi membuktikan kebenaran Al-Quran melalui penemuan-penemuan baru.
KELEBIHAN
v  Sesuai untuk muslimin ( yakni lelaki Islam).
v  Pembaca dapat mengetahui pelbagai perkara untuk menjadi muslimin yang terbaik.
v  Terdapat tips–tips yang menarik dan sesuai untuk kehidupan seorang muslimin
KEKURANGAN
v  Gaya penulisan yang kurang kemas dan kurang menarik.



              2.5 Blog Cik Epal
              http://cikepal06.blogspot.my/


Penulis merupakan seorang yang suka kepada gadjet dan suka mengembara. Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai diri penulis yang dikongsi di blog. Blog ini dihasilkan bagi menghimpunkan blog, laman web serta bahan–bahan yang berkaitan diri penulis.

            KELEBIHAN
v  Sesuai kepada peminat gadget yang suka mengambara.
KEKURANGAN
v  Penggunaan latar belakang dan hiasan blog yang tidak menarik
v  Jarang mengemaskini blog
v  Banyak gambar yang kurang menarik.
v  Tulisan tidak menarik.
v  Perkongsian yang tidak bermanfaat.
v  Blog ini sesuai untuk diri penulis itu sendiri.




KESIMPULAN

Konklusinya, tugasan menulis laporan tentang blog–blog ini memberi saya serba sedikit ilmu tentang penghasilan blog yang baik dari pelbagai aspek seperti reka bentuk, latar belakang yang digunakan, gaya penulisan serta maklumat–maklumat yang dikongsi. Penghasilan blog oleh penulis-penulis ini juga telah mengajar saya tentang pelbagai perkara terutama sekali dalam aspek kehidupan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk menghasilkan penulisan yang kreatif yang dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca blog yang dihasilkan. Melalui tugasan ini juga saya mendapati ramai penulis blog yang kreatif dalam penghasilan blog mereka menjadikan blog mereka lebih menarik. Kemajuan teknologi masa kini membolehkan kita mendapatkan sesuatu maklumat di alam maya dengan mudah. Blog merupakan salah satu medium yang dapat digunakan untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan pantas. Namun, penggunaan blog juga mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan penguna untuk mendapatkan pelbagai maklumat seperti maklumat keagamaan, jurnal peribadi,kecantikan dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan