Ahad, 3 Januari 2016

MENGHUBUNGKAN DATA DARI EXCEL KE SLIDE POWERPOINT ATAU WORD

Bismillahhirahmanirrahim....

Alhamdulillah, masih di beri peluang untuk menyelesaikan tugasan ini..

Kali ini saya akan menunjukkan cara untuk menghubungkan data dari excel ke slide powerpoint atau word.. Simple as usualt.. :-D

1. First of all, anda kena buka aplikasi word. Di mana semua kerja anda akan anda lakukan dalam aplikasi itu..

Kemuadian tulis tajuk laporan anda pada Microsoft Word tersebut. Selesai tulis tajuk, tekan 'insert' pada aplikasi Microsoft Word, kemudian tekan simbol objek. Lihat Rajah 1..

Rajah 1: Memasukkan Excel


2. Seterusnya, masukkan data anda pada excel yang terpapar pada Microsoft Word anda. Secara tidak langsung anda bekerja dalam persekitaran Excel di mana format dalam Excel boleh digunakan seperti rajah 2.

Rajah 2: Penggunaan Formula Excel

3. Lakukan langkah pengiraan tersebut secara berulang untuk mendapatkan jumlah bagi setiap minggu serta jumlah keseluruhan pendapatan.. Lihat Rajah 3 di bawah..

Rajah 3: Jumlah Melalui Format Excel

4. Setelah selesai pembinaan jadual anda, buat graf untuk mencantikkan lagi persembahan dan pemahaman melalui data yang anda perolehi.. Langkah pembinaan graf adalah sama seperti mana anda pelajari di Microsoft Excel. Lihat Rajah 4...

Rajah 4: Membuat graf

5. Setelah itu, isi maklumat yang ada dalam graf mengikut format Excel.. 
Ikut step by step.. Jangan terlalu gelojoh.. hehe...

Sebarang pertanyaan, boleh komen kat bawah... 
Akhir kata daripada saya, segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. 
dan segala yang buruk itu, datangnya dari diri hamba sendiri. 
Dengan itu, saya memohon maaf terhadap silap dan salah yang pernah saya lakukan kepada kalian semua. Semoga ilmu yang di kongsi bermanfaat kepada anda semua
Selamat Mencuba

Tekan link nie untuk tengok hasil kerja saya. Jadikan sebagai rujukan... :)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan