Ahad, 3 Januari 2016

PENYUNTINGAN AUDIO MENGGUNAKAN AUDACITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, bertemu lagi kita kembali. Kali ini, saya akan menunjukkan cara penyuntingan audio menggunakan Audacity. Meskipun perisian ini baru buat saya, tapi saya akan berusaha untuk menghasilkan audio yang menarik untuk semua peminat setia :-D

1. First, kena muat turun aplikasi Audacity. Anda boleh muat turun aplikasi Audacity di link nie http://download.cnet.com/Audacity/3000-2170_4-10058117.html. Lepas download, install seperti biasa...

2. Seterusnya, buka perisian Audacity anda.. Untuk merakam suara, tekan Record dan mulakan percakapan untuk merakam suara anda. Apabila selesai, tekan butang Stop untuk berhenti.

Butang Record dan Stop

3. Untuk mendengar rakaman suara anda, tekan butang Play.

Butang Play

4. Jika anda hendak membuang bahagian rakaman, klik pada Selection Tool atau menggunakan tetikus > pilih kawasan segmen audio yang anda ingin buang. Kemudian tekan butang Delete pada papan kekunci komputer anda

Membuang audio berdasarkan segmen

5. Seterusnya, anda juga boleh meningkatkan kualiti suara pada rakaman anda. Klik Edit pada menu bar. Kemudian pilih select > klik all.

Menu Select

6. Klik Effect pada menu bar, kemudian pilih Bass and Treble

Menu Effect


Paparan Bass dan Treble

7. Kemudian tekan butang Play, suara akan meningkat berbanding yang asal... 

8. Untuk menghilangkan suara vokal dan hanya tinggal muzik sahaja. Klik Effect pada menu bar, kemudian pilih Vokal Remover (for centered - panned vocal).

Pemilihan Vocal Remover

9. Setelah selesai, simpan fail audio yang anda hasilkan,...

10. Anda juga boleh mengedit audio seperti lagu.. Hanya dengan klik pada menu File > Import > Audio.

Menu Fail - Import

11. Pilih lokasi fail audio yang hendak di import. Klik butang open. Tunggu sehingga fail di import ke perisian Audacity. Setelah selesai, Paparan Audacity anda akan menjadi seperti berikut

Paparan fail audio yang berjaya diimport

Setelah itu, edit audio anda mengikut kreativi berdasarkan step-step yang anda telah belajar..

Selamat mencuba

Berikut adalah hasil kerja yang saya lakukan bersama sahabat saya..
Boleh klik link nie untuk download audio yang kami hasilkan.. :-)


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan